Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat

Informasi Hokaloh News

Masyarakat Kini Berkepit Dengan Teknologi Canggih Sehingga Kesihatan Pancaindera Diabaikan, Rawat Masalah Rabun Sebelum Terlambat

Adakah anda tahu bahawa penglihatan kabur boleh menjadi tanda penyakit mata? Isu ini boleh menjejaskan satu mata atau kedua-dua mata dan semakin kerap berlaku dikalangan masyarakat zaman kini yang terdedah dengan segala teknologi yang canggih.

Rabun jauh adalah keadaan mata yang menyebabkan sukar melihat objek yang jauh dengan jelas, manakala rabun dekat adalah keadaan mata dimana seseorang sukar melihat objek jauh dengan jelas(1).

Gambar : Pusat Rawatan Rabun Mata

Tahap rabun jauh sangat berbeza pada tiap seseorang yang rabun. Orang rabun jauh yang tidak teruk umumnya tidak memerlukan rawatan khusus. Namun, rabun jauh yang tergolong kategori teruk akan mempengaruhi tahap penglihatan si rabun dan harus dirawat dengan kadar segera(1).

Gejala Rabun Jauh

Gejala rabun jauh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira faktor usia. Tetapi keadaan ini umumnya mulai dirasai oleh pengidap di peringkat sekolah hingga remaja. Berikut adalah gejala-gejala rabun jauh yang seringkali muncul(1).

  • Pandangan kabur ketika melihat objek yang jauh sehingga sering mengecilkan mata untuk melihat huruf di papan tulis.
  • Sakit kepala atau mata penat kerana mata bekerja secara berlebihan lebih-lebih lagi lama menghadap komputer.
  • Frekuensi mata berkelip yang berlebihan.
  • Sering menggosok mata.

Gejala tersebut perlahan-lahan akan makin teruk dengan peningkatan usia dan perkembangan mata. Contohnya, kemampuan mata yang merosot biasanya berkaitan dengan terbentuknya katarak pada mata(1).

Jenis Penyakit Mata

  • Myopia. Ianya adalah sejenis rabun jauh. Cermin mata, kanta lekap dan pembedahan refraktif seperti Lastik Surgeri adalah cara yang paling biasa digunakan untuk membetulkan pandangan yang dekat.
  • Hyperopia. Ianya adalah sejenis rabun dekat. Dalam situasi yang teruk, objek yang jauh mungkin kelihatan kabur. Seperti Myopia, hyperopia boleh diperbetulkan dengan cermin mata, kanta lekap atau pembedahan mata.
  • Astigmatisme. Penglihatan kabur pada semua jarak sering merupakan gejala astigmatisme. Astigmatisme akan menyebabkan sinar cahaya gagal mencapai titik fokus tunggal pada retina untuk menghasilkan objek secara jelas, tanpa mengira sejauh mana objek yang dilihat dari mata. Penyakit mata jenis ini seperti boleh dirawat sama seperti rabun jauh iaitu dengan penggunaan  kacamata, kanta sentuh atau pembedahan mata.
  • Presbyopia. Jika pesakit berumur lebih dari 40 tahun dan mula mengalami penglihatan kabur dekat apabila membaca akhbar atau cetakan kecil lain, kemungkinan ini adalah disebabkan oleh presbyopia. Keadaan ini berkaitan dengan faktor usia yang semula jadi. Rawatan yang biasa untuk presbyopia termasuk penggunaan cermin mata. Terdapat juga pilihan pembedahan presbyopia termasuk Laser monovision(2).

Jack Russell terrier dilihat dengan jelas oleh seseorang dengan penglihatan yang baik.
Jack Russell terrier yang sama, tetapi dilihat oleh seseorang yang mempunyai penglihatan kabur.
Pengganas Jack Russell sekali lagi, seperti yang dilihat oleh seseorang dengan penglihatan yang kabur, mendung dan sensitiviti kontras yang lemah, akibat katarak.

Gambar di atas adalah pandangan yang jelas untuk mata yang normal, manakala gambar kabur di tengah menunjukkan imej anjing itu kelihatan kabur kepada orang rabun. Manakala gambar ketiga menunjukkan pandangan itu sama-sama kabur dan mendung, kerana mungkin seseorang itu mempunyai katarak(2).

  • Mata kering kronik. Sindrom mata kering boleh menjejaskan mata pesakit  dalam pelbagai cara, termasuk penglihatan yang kabur dan pelbagai masalah lain. Walaupun eye drop dapat membantu, mata kering yang lebih teruk mungkin memerlukan ubat preskripsi untuk memastikan mata kekal sihat.
  • Kehamilan. Penglihatan kabur biasa terjadi semasa kehamilan dan kadang kala penglihatan jadi berganda. Perubahan hormon boleh mengubah bentuk dan ketebalan kornea mata pesakit, menyebabkan penglihatan pesakit menjadi kabur. Mata kering juga biasa berlaku pada wanita hamil dan boleh menyebabkan penglihatan kabur. Ibu hamil harus melaporkan sebarang gangguan penglihatan semasa kehamilan kepada doktor. Walaupun penglihatan kabur tidak selalu serius, dalam sesetengah kes ia boleh menjadi tanda-tanda diabetes, kanser atau tekanan darah tinggi.
  • Migrain. Penglihatan kabur, cahaya berkelip, pola hampir atau zigzag adalah semua gejala biasa sebelum permulaan migrain optik atau sakit kepala migrain.
  • Floaters mata. Visi boleh kabur oleh tempat-tempat sementara atau floaters dalam penglihatan pesakit. Floaters biasanya muncul apabila vitreous gel mula menipis seiring dengan usia, menyebabkan bit mikroskopik tisu dalam vitreous untuk terapung secara bebas di dalam mata, menimbulkan bayang-bayang di retina. Walaupun dianggap normal kerana proses penuaan, namun jika ianya mengganggu penglihatan secara teruk, haruslah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
  • Penglihatan kabur selepas LASIK. Penglihatan anda mungkin kabur selepas menjalani rawatan laser atau apa-apa jenis pembedahan refraktif. Ianya memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk pulih setelah laser. Jadi, ianya normal(2).

Cara Merawat Mata Secara Semula Jadi

Pelbagai cara yang boleh di dilakukan untuk  merawat mata secara semula jadi, namun jangan mengharap untuk pulih untuk masa terdekat. Cara ini akan berkesan jika diamalkan secara rutin harian dan paling penting, haruslah rajin melakukan cara ini.

Cara #1 : Buat Senaman Mata

Senaman mata ini  sangat mudah dan boleh mengurangkan risiko rabun dan masalah mata yang lain.

Senaman ini sangat sesuai dilakukan pada waktu pagi, sebelum tidur dan setiap kali mata merasa letih. Sebelum itu, pastikan tangan bersih dan relaks. Amalkan senaman ini setiap hari untuk nampak hasil dalam masa satu bulan(4).

Caranya adalah :

Senaman Mata : Panaskan mata anda. Gosok dua tapak tangan bagi sedikit panas. Letakkan pada mata dalam masa 5 saat dan ulang sebanyak 3 kali.

Gambar : Virtual Medical Centre.Com

Senaman Mata : ‘Roll’ mata anda.
Mulakan dengan memandang ke atas, kemudian pandang perlahan-lahan dengan membuat bulatan arah jam 10 kali dan 10 kali melawan arah jam.

Senaman Mata : Fokus.
Pegang pen mendepa ke hadapan, fokus mata pada pen itu. Kemudian, perlahan-lahan gerakkan pen mendekati muka sehingga jarak 6 inci dari hidung. Kemudian jauhkan ia semula. Ulang sehingga 10 kali (seperti gambar diatas).

Senaman Mata : Urut Kepala.
Guna ibu jari, urut tepi kepala dalam bulatan kecil. 20 kali dalam satu arah, 20 kali lagi pada arah berlawanan. Ulang urutan pada tengah kening di dahi dan bawah mata pada kedua dua belah tepi hidung.

Senaman Mata: Lelapkan mata sekejap.
Sandarkan kepala, tutup mata dan relaks untuk 3 minit. Ini hanya untuk merehatkan mata untuk seketika. Jangan pula terus lelap.

Cara #2 : Rehatkan Mata

Mata adalah anggota badan yang pling banyak bekerja. Jadi, mata juga memerlukan rehat yang cukup. Caranya adalah dengan tidur yang cukup.

Tidur boleh rehatkan serta merawat mata. Tak cukup tidur boleh lemahkan penglihatan dan menyebabkan rabun.

Ketika bekerja, mata akan menjadi sangat penat. Jadi, rehatkan mata anda dalam sejam. Contohnya kalau membaca atau menggunakan komputer dalam masa 50 minit, rehatkan mata untuk 10 minit(4).

Jika mata masih letih, baring dan letakkan hirisan timun dan letakkan di atas kelopak mata.

Cara #3 :  Makan Nutrisi Yang betul

Berikut adalah senarai 5 makanan yang baik untuk mata :

  1. Vitamin A, C, E dan beberapa jenis mineral seperti copper dan zink bagus untuk mata.
  2.  Antioksidan termasuk beta-keroten, lutein dan zeaxanthin boleh lindungi mata dari kerosakan yang disebabkan oleh cahaya matahari. Dapatkan antioksidan ini dari sayuran hijau, kuning telur, cili benggala, labu, ubi manis dan lobak merah. Sayuran tadi kebanyakannya dari yang berwarna kuning dan hijau. Kajian mendapati sayur berwarna kuning dan hijau bantu lambatkan masalah penuaan mata yang boleh jadi penyebab kepada buta(3).
  3. Makanan yang tinggi sulfur, cysteine dan lecithin boleh lindungi kanta mata dari katarak. Contoh makanan-makanan ini adalah bawang putih, bawang merah dan buah zaitun.
  4. Buahan Anthocyanin seperti blueberry, anggur dan goji berries ada antioksida dan anti-keradangan yang boleh kuatkan penglihatan.
  5. DHA adalah asid lemak yang terdapat dalam ikan laut seperti salmon, sardin dan ikan kembung. DHA kuatkan membran sel untuk tingkatkan kesihatan mata(3).

Sayangi mata anda sebelum sesuatu yang buruk berlaku. Mata adalah salah satu organ yang sangat bernilai. Juga, dapatkan rawatan doktor pakar mata untuk rawatan jika terdapat sesuatu yang mengganggu penglihatan anda.

Rujukan

  1. Alo Dokter
  2. All About Vision
  3. DoktorOz.com
  4. Tips Selalu Sihat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s