MCA tentang hudud tapi tak serang PAS, kata Hadi

Hadi berkata MCA menunjukkan sikap berbeza berbanding DAP yang menyerang PAS walaupun ketika bersama dalam satu gabungan.

Hadi bercakap kepada pemberita bersama Naib Presiden Idris Ahmad (kiri) dan Pesuruhjaya Selangor Sallehen Mukhyi.

SHAH ALAM: Sikap MCA yang tegas tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tanpa menyerang PAS antara sebab parti Islam itu sedia bekerjasama, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata sikap MCA berbeza dengan DAP yang menentang hudud sambil menyerang PAS, walaupun ketika bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat, yang terbubar pada 2015.

“Kita akan bantu MCA di PRK DUN Balakong atas semangat setiakawan pembangkang. MCA menentang hudud dan DAP juga menentang hudud tetapi DAP tentang hudud semasa kita sama-sama dalam gabungan.

“Ketika itu kita dalam satu gagasan tetapi dia tidak mahu hormati, dia serang kita walaupun kita dalam satu pakatan. MCA pula bukan dalam satu pakatan.

“MCA memang tidak setuju tetapi dia hanya cakap tidak setuju, tidak menyerang sebagaimana dilakukan DAP, itulah bezanya,” katanya pada sidang media di pejabat PAS Shah Alam hari ini.

Hadi berkata dalam PRK DUN Seri Setia, PAS melihat kerjasama dengan Umno sebagai suatu perkara positif dan yakin kerjasama itu akan ditingkatkan.

“Saya melihat di Sungai Kandis merupakan satu pendahuluan yang sangat positif dan saya yakin di Seri Setia akan meningkat lagi. Ini dapat dilihat dengan kehadiran pemimpin Umno dalam majlis penamaan dan pengumuman calon,” katanya.

Beliau sendiri tidak melihat imej Umno yang terpalit skandal akan menjejaskan kempen PAS menghadapi Pakatan Harapan (PH).

“Pada saya, janji 100 hari PH yang diuar-uarkan dapat dilihat oleh rakyat. Saya yakin akan berlaku satu perubahan sikap,” katanya.

Hadi berkata perubahan sikap pengundi boleh dilihat pada peraturan keluar mengundi yang rendah dalam PRK DUN Sungai Kandis.

Di PRK DUN Balakong, PH buat pertama kali menggunakan logonya dan menampilkan pemimpin wanita muda, Wong Siew Ki dari DAP, manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong.

Di DUN Seri Setia pula, PH meletakkan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimey Abu Bakar untuk berdepan calon PAS dan beaks exco Selangor, Dr Halimah Ali.

Undi tak percaya terhadap MB Perak hanya spekulasi, kata exco

Exco Abdul Yunus Jambhari meminta perkara itu tidak terus diperbesar-besarkan.

PARIT BUNTAR: Isu berhubung undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu hanya bersifat spekulasi memandangkan hubungan beliau dengan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri amat baik, kata seorang exco hari ini.

Pada masa sama, Exco Kemudahan Awam, Infrustruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamhari berkata sebaiknya perkara itu juga tidak terus diperbesar-besarkan.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Melayu yang menyatakan ada desas-desus wakil rakyat akan membuat undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Sementara itu, Abdul Yunus turut mengingatkan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) agar berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan bagi mengelakkan ia dimanipulasikan oleh pihak lain.

“Isu pemberian hak milik tanah adalah isu sensitif dan itu boleh diselesaikan dengan baik bagi mengelak spekulasi yang boleh menggugat keyakinan rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming semalam yang dilaporkan mahu kerajaan negeri memberikan status hak milik 999 tahun atau hak milik kekal kepada kampung baharu seperti yang dijanjikan dalam manifesto PH.

Iran akan pamer pesawat pejuang baharu ketika berdepan sekatan AS

Menteri Pertahanan Amir Hatami berkata kebolehan peluru berpandu sebagai senjata pencegah masih menjadi keutamaan Iran walaupun AS mengenakan sekatan ekonomi.

TEHRAN: Iran akan mempamerkan pesawat pejuang baharu minggu ini dalam rancangan negara itu meningkatkan kemampuan pertahanan, kata Menteri Pertahanan Brig Jen Amir Hatami, ketika negara itu berdepan sekatan baharu Amerika Syarikat.

Hatami berkata demikian 2 hari selepas Setiausaha Negara AS Michael Pompeo mengumumkan penubuhan satu kumpulan yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tekanan ekonomi dan politik terhadap Iran, selepas Presiden Donald Trump mengundurkan AS daripada perjanjian nuklear 2015.

Pembangunan “kebolehan peluru berpandu, yang dianggap sebagai senjata pencegah, masih menjadi keutamaan Iran walaupun AS mengenakan sekatan ekonomi,” kata Hatami menurut agensi berita Mehr.

“Mana-mana negara yang mahu mengancam keselamatan kami, ia akan menerima balasan yang hebat.”

Peralatan baharu itu akan dipamerkan pada Rabu ketika Iran meeraikan Hari Industri Pertahanan Kebangsaan, kata Hatami. Iran perlu meningkatkan “ketepatan dan kefungsian” peluru berpandu ketika seteru meningkatkan program ketenteraan mereka, katanya.

Awal bulan ini, Iran mempamerkan peluru berpandu generasi baru “Fateh Mobin” untuk melindungi negara itu. Program peluru berpandu balistik antara sebab yang AS berikan untuk berundur daripada perjanjian nuklear antarabangsa dengan Tehran dan mengenakan semula sekatan mulai bulan ini.