Perak, Pulau Pinang bakal bincang isu jual beli air

BATU GAJAH

:

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) akan mengadakan satu mesyuarat bersama wakil dari Perak dan Pulau Pinang untuk membincangkan isu jual beli air di antara kedua-dua negeri itu dalam masa terdekat.

Menterinya, Xavier Jayakumar berkata melalui mesyuarat itu pihaknya akan mendapatkan pendirian atau syarat daripada kedua-dua negeri supaya perancangan Perak untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang dapat dilaksanakan.

“Saya diberitahu perancangan untuk berbuat demikian memang sudah ada. Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian untuk mengadakan mesyuarat di antara Perak dan Pulau Pinang untuk mereka beritahu pendirian masing-masing.

“Kita juga akan bina satu terowong dari Perak ke Pulau Pinang (jika terlaksana), ini akan ambil masa sedikit dan peruntukan itu akan datang daripada kerajaan pusat,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra beliau bersama ahli-ahli PKR di sini, pada Ahad.

Tambah beliau, kementeriannya juga sedar akan usaha Perak untuk mengadakan rundingan sama dengan Selangor, namun ia belum dibuat secara rasmi.

“Kita kena tengok macam mana dulu sebab sekarang kita (kerajaan) beri keutamaan kepada projek Langat 2 yang mempunyai dua fasa.

“Fasa 1 akan dilaksanakan sebelum 2023 dan sekarang perundingan di antara Selangor dan Pusat sedang diadakan untuk memulakan Fasa 2.

“Sekarang akan kita selesaikan dahulu (rundingan) Perak dan Pulau Pinang,” ujarnya.

Mengenai isu pemberian hak milik kekal tanah di kampung baharu di negeri Ini pula, Xavier berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.

“Ia isu negeri, bagi negeri selesaikan sebab negeri ada kuasa penuh ke atas tanah. Negeri kena putuskan isu ini; bukan kuasa Persekutuan untuk campur tangan,” ujarnya ringkas.

Baru-baru ini, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri tidak dapat melaksanakan cadangan untuk memberikan status hak milik kekal kepada kampung baharu ketika ini kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Cadangan tersebut merupakan salah satu daripada intipati yang terkandung dalam tawaran Harapan Perak untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Pengambilalihan Splash oleh Air Selangor dimuktamad petang ini | Warta Malaya

PETALING JAYA: Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menawarkan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) pada Jumaat.

Tawaran tersebut menyusul beberapa siri rundingan yang telah berlarutan hampir 10 tahun yang turut menyaksikan isu bekalan air terburuk di negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Hal ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; dan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar dijangka mengumumkan nilai pengambialihan tersebut dalam sesi soal jawab pada 3.30 petang ini.

Beberapa andaian nilai heboh diperkatakan sejak minggu lalu antaranya RM1.9 bilion dan RM2.7 bilion.

Sebelum Pilihan Raya Umum PRU-14 (PRU14) lalu, isu hutang kerajaan negeri dengan SPLASH dibangkitkan pembangkang yang menyebut bahawa nilainya berjumlah hampir RM3 bilion.

https://www.hokaloh.news/berita-semasa/pengambilalihan-splash-oleh-air-selangor-dimuktamad-petang-ini-warta-malaya/

Splash: Rundingan masih berlangsung – Mohamed Azmin | Warta Malaya

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung harga RM2.7 bilion yang perlu dibayar untuk mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings (Splash).

Bekas menteri besar Selangor itu menarik perhatian bahawa rundingan masih dilakukan berhubung pengambilalihan dan penstrukturan semula industri air di Selangor melibatkan kerajaan negeri dan syarikat berkenaan.

“Apabila saya meninggalkan negeri itu selepas pilihan raya, proses rundingan telah dilanjutkan sehingga 4 Julai dengan persetujuan bersama kerajaan persekutuan dan negeri.

“Saya dimaklumkan bahawa ia dilanjutkan untuk sebulan lagi dengan kelulusan Kabinet,” katanya di lobi Parlimen pada Khamis ketika mengulas dakwaan Najib bahawa kerajaan Selangor akan membeli Splash pada harga RM2.7 bilion.

Menurutnya, proses rundingan antara pihak berkaitan diteruskan di bawah Menteri Besar baharu, Amirudin Shari.

Menurut Mohamed Azmin, kerajaan pusat terdahulu telah mendapatkan khidmat seorang penilai bebas tetapi “kita tidak tahu nilai yang disebut oleh penilai bebas itu”.

“Tetapi sekarang saya yakin kerajaan negeri ini mempunyai akses kepada semua maklumat ini dan mereka perlu duduk, berbincang dan memutuskan nilai sebenar yang perlu dibayar kepada Splash. Tetapi saya bukan sebahagian daripada pasukan yang sertai dalam proses rundingan ini,” katanya.

Beliau pada masa sama menegaskan kepentingan rakyat Selangor perlu dijaga supaya tidak dibebankan dengan kadar tarif yang tinggi susulan pengambilalihan Splash.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar ketika diminta mengulas perkara itu, berkata pengumuman mengenai perkembangan terkini isu penstrukturan air itu hanya akan dibuat setelah rundingan antara pihak berkaitan selesai.

“Saya masih mahu pihak terlibat mematuhi tarikh akhir iaitu 10 Ogos ini…. saya berpendapat pengumuman akan dibuat dalam masa beberapa hari lagi,” katanya.

— BERNAMA

https://www.hokaloh.news/berita-semasa/splash-rundingan-masih-berlangsung-mohamed-azmin-warta-malaya/

Akta Pemuliharaan Hidupan Liar sedang dikaji | Berita Semasa Hokaloh News

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dengan memasukkan hukuman penjara mandatori kepada individu yang memburu hidupan liar secara haram.Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk menambah baik akta tersebut bagi mendakwa pemburu haram dengan sewajarnya.

“Kalau dengan mengukuhkan akta, baru penguatkuasaan boleh ditingkatkan, kita akan buat (pindaan) kerana difahamkan akta yang ada sekarang tidak memudahkan proses penguatkuasaan berlaku.

“Pindaan ini mungkin melibatkan penambahan hukuman denda kepada dua kali ganda daripada sebelum ini, tetapi apa saya lihat ada mereka boleh bayar jadi kita juga mesti masukkan hukuman penjara yang dilihat lebih efektif untuk berhadapan isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Sambutan Hari Harimau Sedunia anjuran Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun di sini pada Ahad.

Hari Harimau Sedunia disambut pada 29 Julai setiap tahun bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan harimau kepada masyarakat dunia.

Menurut Xavier, kementerian juga akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis dan tentera untuk bersama-sama membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti WWF dalam membanteras sindiket pemburuan hidupan liar di seluruh negara.

Katanya menerusi operasi yang dijalankan, Perhilitan menemui pelbagai spesis haiwan yang cedera termasuk harimau, tapir dan gajah akibat terkena jerat wayar dipasang pemburu haram.

Sejak 2014 sehingga Jun lepas, Perhilitan memusnahkan lebih 2,890 jerat menerusi 479 operasi jerat yang dilaksanakan.

Justeru, beliau berharap syarikat korporat dapat bersama-sama membantu NGO membiayai projek memusnahkan jerat dalam usaha menyelamatkan hidupan liar daripada pupus.

“Saya difahamkan WWF dengan kerjasama Perhilitan telah menjalankan Project Stampede yang dianggotai hanya 15 orang untuk mengenal pasti dan memusnahkan kawasan jerat.

“Mereka memerlukan lagi 50 individu membantu mereka meneruskan projek ini dengan lebih meluas dan saya galakkan pihak korporat dapat membantu dalam menjayakan projek ini dan membanteras pemburuan haram secara habis-habisan,” katanya. — Bernama

https://hokaloh.news/berita-semasa/akta-pemuliharaan-hidupan-liar-sedang-dikaji-berita-semasa-hokaloh-news/