Calon PH, Pas angkat isu miskin bandar di Seri Setia

Calon PH, Pas angkat isu miskin bandar di Seri Setia
PETALING JAYA

: Calon Pakatan Harapan dan Pas akan bersaing bagi menangani isu miskin bandar yang ketika ini menjadi antara masalah utama di Seri Setia.

Walaupun mempunyai matlamat yang hampir sama, kedua-duanya cuba menunjukkan kelainan dalam kempen yang baharu sahaja bermula selepas penamaan calon semalam.

Antara kawasan yang diberi tumpuan ialah Desa Mentari, Kampung Lindungan dan Lembah Subang.

Bagi calon PH, Halimey Abu Bakar, beliau akan menggunakan kelebihannya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi membantu menyelesaikan setiap permasalahan dengan baik.

“Isu kemiskinan bandar dan keciciran pelajaran anak-anak, kita akan bantu. Kelebihan saya, kita kerajaan memerintah sudah tentu segala bantuan akan dipermudahkan lagi,” katanya.

Beliau juga akan mempergiatkan usaha melaksanakan Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi menangani masalah kemiskinan di Seri Setia.

Pada masa sama, beliau telah menetapkan ‘Memacu Kesejahteraan Bandar’ sebagai tema perjuangan dan visi utama pada PRK Seri Setia.

Isu kemiskinan dan PPR adalah antara tumpuan utama calon Pas.

Sama seperti Halimey, calon Pas Dr Halimah Ali juga melihat isu miskin bandar dan masalah projek perumahan rakyat perlu ditangani dengan berkesan.

 

Bagaimanapun, menurutnya, kelebihannya yang pernah menjadi exco kerajaan negeri akan membolehkan beliau membawa suara rakyat ke saluran yang sepatutnya.

“Semasa zaman (pentadbiran) Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor), beliau sangat susah nak luluskan peruntukan. PKR juga pening dengan beliau kerana susah meluluskan peruntukan.

“Namun kerana hujah, fakta, desakan saya yang kuat, rasional saya diterima dan itu saya gunakan untuk kebaikan orang Seri Setia,” tambahnya.

PRK N32: Calon Pas tidak anggap Seri Setia kubu kuat PKR

PETALING JAYA

: Calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, Dr Halimah Ali tidak menganggap Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jelasnya, istilah kubu kuat itu tidak wujud, sebaliknya beliau menekankan kepada semak dan imbang yang perlu ada pada sebuah parti untuk membela nasib rakyat.

“Tiada istilah mengatakan Seri Setia adalah kubu kuat (PKR) kerana Barisan Nasional adalah kubu kuat selama 60 tahun, tetapi sebab isu-isu rakyat dan orang muda tunjukkan pada PH apa yang perlu ditekankan.

“Bukan janji begitu manis sehingga orang tertarik untuk mengundi PH pada PRU14, kalau tidak memberikan semak dan imbang maka PH akan leka dan lena,” katanya kepada media selepas pengumuman rasmi calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin pengalamannya sebagai bekas exco kerajaan negeri dan ADUN Selat Klang akan memastikannya menjadi wakil rakyat yang mampu membawa suara pengundi ke peringkat tinggi.

Mengulas mengenai sokongan UMNO kepada Pas sepanjang hari penamaan calon, Dr Halimah menjelaskan ia adalah bentuk kerjasama antara kedua-dua parti setiap kali pilihan raya dalam membentuk sebuah pakatan pembangkang yang kuat.

Dr Halimah akan bersaing dengan calon PH, Halimey Abu Bakar pada PRK Seri Setia pada 8 September ini.

Pada penamaan calon pagi tadi, calon Pas turut mendapat sokongan Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan beberapa pimpinan UMNO.

Barisan Nasional sebelum ini mengumumkan untuk tidak meletakkan calon di DUN Seri Setia bagi memberi laluan kepada calon Pas.

Penubuhan Universiti Johor diperkenan Sultan Ibrahim – Exco

ISKANDAR PUTERI

: Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memperkenankan penubuhan Universiti Johor, Jun lepas.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor Aminolhuda Hassan berkata beberapa jawatankuasa panel penasihat dan sekretariat diwujudkan sejak awal Jun lepas bagi membolehkan kajian dan gerak kerja penubuhan universiti itu.

“Beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan konsep dan falsafah asas Universiti Johor. Pada 19 Jun lepas, Sultan Ibrahim telah perkenan penubuhan Universiti Johor dan pada 24 Julai lepas, perjumpaan bersama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik juga telah dilakukan bagi membincangkan penubuhan universiti itu.

“Kertas asas perancangan Universiti Johor telahpun dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi serta wakil Menteri Pendidikan pada 6 Ogos lepas,” katanya pada sesi penggulungan.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Aminolhuda berkata pihaknya menerima maklum balas positif dan semua pihak amat komited bagi membantu kerajaan negeri merealisasikan penubuhan universiti tersebut.

Beliau berkata Universiti Johor akan memperkenalkan konsep ‘Quadruple Helix’ iaitu kerjasama universiti, industri, kerajaan dan komuniti di mana setiap graduan yang lahir daripada Universiti Johor merupakan graduan yang memenuhi kehendak industri, kerajaan dan komuniti.

“Pihak kerajaan sememangnya komited dalam merealisasikan Universiti Johor yang merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan dan memastikan manfaatnya dinikmati rakyat,” katanya.

— myBerita Hokaloh News

Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga | Warta Malaya

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Prof Dr Shaharuddin Badaruddin yang meninggal dunia di Hospital Putrajaya petang Khamis.Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR itu berkata parti itu berduka atas kehilangan anggotanya buat kali kedua selepas Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Pada 2 Julai lepas, seorang lagi anggota parti itu yang juga penyandang kerusi DUN Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia akibat kanser limfoma.

“Al-Fatihah. Buat kali kedua selepas PRU14, KEADILAN (PKR) berduka kerana kehilangan rakan seperjuangan kami.

“Salam takziah kepada keluarga YB Prof Dr Shaharuddin, ADUN Seri Setia yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya menerusi catatan di laman Twitter malam tadi.

Shaharuddin, 55, yang juga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 6.28 petang Khamis.

Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui catatan di Twitternya turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan Allahyarham mendapat husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT.

Menerusi Twitter juga, Mohamed Azmin berkata beliau sempat menziarahi Shaharuddin petang Rabu.

“Beliau (Shaharuddin) menggenggam erat tangan saya sebaik saya membisikkan salam,” kata Mohamed Azmin.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pagi ini di Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis, Kajang sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Limau Manis.

— Hokaloh News

https://www.hokaloh.news/berita-semasa/mohamed-azmin-ucap-takziah-kepada-keluarga-warta-malaya/