Calon PH, Pas angkat isu miskin bandar di Seri Setia

Calon PH, Pas angkat isu miskin bandar di Seri Setia
PETALING JAYA

: Calon Pakatan Harapan dan Pas akan bersaing bagi menangani isu miskin bandar yang ketika ini menjadi antara masalah utama di Seri Setia.

Walaupun mempunyai matlamat yang hampir sama, kedua-duanya cuba menunjukkan kelainan dalam kempen yang baharu sahaja bermula selepas penamaan calon semalam.

Antara kawasan yang diberi tumpuan ialah Desa Mentari, Kampung Lindungan dan Lembah Subang.

Bagi calon PH, Halimey Abu Bakar, beliau akan menggunakan kelebihannya yang pernah berkhidmat sebagai Ahli majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi membantu menyelesaikan setiap permasalahan dengan baik.

“Isu kemiskinan bandar dan keciciran pelajaran anak-anak, kita akan bantu. Kelebihan saya, kita kerajaan memerintah sudah tentu segala bantuan akan dipermudahkan lagi,” katanya.

Beliau juga akan mempergiatkan usaha melaksanakan Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi menangani masalah kemiskinan di Seri Setia.

Pada masa sama, beliau telah menetapkan ‘Memacu Kesejahteraan Bandar’ sebagai tema perjuangan dan visi utama pada PRK Seri Setia.

Isu kemiskinan dan PPR adalah antara tumpuan utama calon Pas.

Sama seperti Halimey, calon Pas Dr Halimah Ali juga melihat isu miskin bandar dan masalah projek perumahan rakyat perlu ditangani dengan berkesan.

 

Bagaimanapun, menurutnya, kelebihannya yang pernah menjadi exco kerajaan negeri akan membolehkan beliau membawa suara rakyat ke saluran yang sepatutnya.

“Semasa zaman (pentadbiran) Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor), beliau sangat susah nak luluskan peruntukan. PKR juga pening dengan beliau kerana susah meluluskan peruntukan.

“Namun kerana hujah, fakta, desakan saya yang kuat, rasional saya diterima dan itu saya gunakan untuk kebaikan orang Seri Setia,” tambahnya.

Hanya dua calon serah borang sebelum tempoh tamat di Seri Setia

Hanya dua calon serah borang sebelum tempoh tamat di Seri Setia
PETALING JAYA

: Dua calon pilihan raya kecil (PRK) N32 Seri Setia dari Pakatan Harapan (PH) dan Pas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik MBPJ.

Calon PH, Halimey Abu Bakar memasuki dewan jam 9 pagi, disusuli calon Pas, Dr Halimah Ali.

Halimey menyerahkan borang kira-kira jam 9:15 pagi manakala Dr Halimah serah borang pada jam 9:20 pagi.

Penyokong calon PH ialah Ridzuan Ahmad manakala Pencadang, Mohd Yusop Mohd Amin.

Manakala, Pencadang calon Pas ialah Aasiroh Mat Hadi dan penyokong, Zulkifli Mohamad.

Tempoh serah borang adalah sejam iaitu bermula jam 9 pagi dan berakhir 10 pagi.

Borang pencalonan diserahkan kepada Pegawai Pengurus PRK Seri Setia yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

Setakat ini, tiada calon Bebas tampil menyerahkan borang pencalonan.

SPR akan mengumumkan calon rasmi PRK N32 selepas jam 10 pagi.

Pertandingan dua penjuru di Seri Setia

Pertandingan dua penjuru di Seri Setia
PETALING JAYA

: Dua calon PRK N32 Seri Setia dari Pakatan Harapan (PH) dan Pas menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Dewan Sivik MBPJ.

Calon PH, Halimey Abu Bakar memasuki dewan jam 9 pagi, disusuli calon Pas, Dr Halimah Ali.

Halimey menyerahkan borang kira-kira jam 9:15 pagi manakala Dr Halimah serah borang pada jam 9:20 pagi.

Penyokong calon PH ialah Ridzuan Ahmad manakala Pencadang, Mohd Yusop Mohd Amin.

Manakala, Pencadang calon Pas ialah Aasiroh Mat Hadi dan penyokong, Zulkifli Mohamad.

Tempoh serah borang adalah sejam iaitu bermula jam 9 pagi dan berakhir 10 pagi.

Borang pencalonan diserahkan kepada Pegawai Pengurus PRK Seri Setia yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

Setakat ini, tiada calon Bebas tampil menyerahkan borang pencalonan.

SPR akan mengumumkan calon rasmi PRK N32 selepas jam 10 pagi.

Seri Setia: Dua kali hujan lebat tidak lunturkan semangat penyokong parti bertanding

PETALING JAYA

: Hujan lebat ternyata tidak melunturkan semangat lebih 100 penyokong Pakatan Harapan dan Pas yang hadir memberi sokongan kepada calon masing-masing ketika proses penamaan calon, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia hari ini.

Tinjauan myBerita Hokaloh News mendapati penyokong kedua-dua parti tiba di hadapan perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi ini.

Hujan lebat sejak 8.50 pagi menyebabkan semua penyokong bergegas mencari tempat berteduh terdekat iaitu sederet bangunan rumah kedai berhadapan dewan berkenaan dan kembali berkumpul semula di hadapan perkarangan Dewan itu selepas hujan reda.

Hujan yang kembali lebat tidak lama selepas itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat mereka untuk tetap setia memberi sokongan kepada calon parti masing-masing.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca cerah di kawasan berkenaan.

Pada PRK itu, Pakatan Harapan mempertaruhkan bekas anggota Majlis, MBPJ Halimey Abu Bakar sementara Pas diwakili bekas Exco kerajaan negeri yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Selat Klang, Dr Halimah Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 8 Sept sebagai hari pengundian dan 4 Sept untuk pengundian awal.

Kerusi DUN Seri Setia kosong apabila penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Shaharuddin yang mewakili PKR mengalahkan tiga pencabarnya Datuk Yusoff HM Hanif daripada BN, Mohd Ghazali Daud (Pas) dan calon Bebas Dr S.Vignes dengan majoriti 19,372 undi.

— myBerita Hokaloh News